Thursday, December 31, 2009

azam lama yg perlu dibarukan!

saje je nak refresh azam tahun lepas... sbb tahun ni taknak buat azam... boleh mcm tu tak?

"cakap pasal tahun baru, mesti nak citer pasal azam kan.. masalahnye azam tahun-tahun lepas tak pernahnye nak tertunai.. tapi takpe, list je la kat sini, mana la tau2 kot dapat tunaikan ke…


1 - nak kuruskan badan badan.. tak peduli berapa kilo pun, janji turun!
(lepas kawen naik 10kg.. isk isk isk.. agak2 bahagia tak aku? )


2 - nak dapat baby
( dulu aku ingat senang je nak conceive.. )


3 - nak jadi isteri solehah.. hehehe..
( kalau selalu mintak itu ini jatuh bawah kategori tak solehah ke? )


4 - jadi anak yg menggembirakan orang tua
( walaupun ayah aku dah dipanggil mengadap Ilahi, mak aku masih ada untuk aku terus berbakti, insyaAllah )"

Tuesday, December 29, 2009

1431 Hijrah / 2010



banyak angan2 di kepala ujung-ujung tahun mcm ni... nak buat azam baru ke taknak? nak ke taknak? nak buat, takut jd mcm yang lepas2, tak follow sangat pun... kalau taknak buat, nanti ada yang ckp aku ni takde hala tujuan dlm hidup... isk isk isk... nak buat azam pun susah ke?

so, maybe for the 1st time in my life, i dont want to list any new year resolution.. just follow the flow... ehmp...

salam maal hijrah 1431 dan selamat tahun baru 2010!

Friday, October 30, 2009

1st month performance

alhamdulillah... dah sebulan mula usaha diet sket2.. start 28 of oct hari tu n seperti yang disuruh coach, aku pun menimbang diri semula pada 28 nov yg lepas.. tp masa tu aku peot, kompem tak accurate kan? hahaha....

so, after 1 month of controlling myself from indulging extra calories n trying my best to excercise, i lost 1.9kg akhirnya... alhamdulillah... jadilah kan? target aku nak dpt 70kg by end of this year, insyaAllah...

encik hubby bermurah hati menghadiahkan 1 set premium beautiful corset utk aku supaya aku boleh sukses lagi dlm nak mengecikkan diri... thank u darling, muahsss!


Thursday, October 15, 2009

minggu yang memenatkan...

to be honest to all, minggu ni aku tak ambik shake lagi TAPI aku control portion aku n aku ambil teamix... sbb utama tak ambik shake sebab tak sempat ( ALASAN lagi... ).. aku oncall minggu ni dan kes amatlah banyak.... HUHUHU... kul 5pg pun ada.. time nak dekat2 bukak puasa pun ada.. tp takpe, dah tanggungjawab aku kan berbakti kepada negara, cheh!

to all taiping people, dont get urself knocked, hit dan sewaktu dengannya dlm minggu ni.. semua kena behave well untuk elakkan kecederaan ok!

btw, aku dah start bereksesais sejak smlm.. main badminton.. ptg ni pulak nak bererobik! 1, 2, 3.... 8 lagi..

Wednesday, October 14, 2009

copy-paste from my friend's blog ' BUAT JE.."

(julin, kak cumie curi entry julin utk publish dlm blog ni.. halalkan ye.. ngeh ngeh..)

This entry is to motivate my good friend KC and my demotivated best friend PP


Out of nowhere she asked ," How do you start?"
Interesting as that's what I struggle with everyday.

How do you overcome all the lame excuses you try to make? How do you overcome the :
"No mood la"
"Ate too much"
"Ate too little"
"Too hot outside"
"It's raining" ( even tho it's just a drizzle)
"No time"

For an amateur, I think I'm in no place to give out big advices.But the best I could come up with is ~ Don't think, just do.
That's just about it.

When you're tired or down or full or swarmed with work or just plain lazy, don't over analyze it, just put on your shoes and go.

The first 5 minutes will be grueling. You'll want to stop, you'll want to haul those shoes in the drain, you'll swear under your breath what the hell you got yourself into, but trust me after those 5 minutes it'll be okay. Just do.

Best yet, somewhere in the run, your feet will go on autopilot and suddenly you find yourself thinking "What? *insert appropriate mileage* already?
Trust me.

Don't really think of how tired you will be, how fast you are, how slow you're going, how far you're covering. At least, not too much.

At the end, you'll think, by golly she's right. You did that much. You did that far. You did it.

As I mentioned, I struggle with this too everyday. If only runs were not that tiring. Ain't it grand if you can run all day without being tired? This I told him. He wisely nodded, then said " That'll be just great. Right until you drop dead smack in the middle of the road"

Right.

Monday, October 12, 2009

back..

sorry sbb lama giler tak update menu.. sbbnya dari 6-8 okt ari tu attend kursus kat cinta sayang resort sg petani.. balik je dari sana terus gi klang pulak utk bertemu hubby tersayang.. so, acara makan2 telah berlangsung dengan jayanya tetapi alhamdulillah, masih boleh kontrol.. nasib baik bila timbang pagi tadi masih tak kembali ke berat asal..

ps: hubby puji pipi dah nampak kurus sket... yee haaa~

Monday, October 5, 2009

day 7 ( mari beraya! )

aku start blog aku hari ni dgn tangisan.. huhuhuhu... kenapa? setelah agak berjaya menjaga pemakanan sepanjang minggu, semalam adalah hari yang mengecewakan.. sbb pergi beraya rumah sanak saudara seharian dan acara makan-makan dr pkul 10am-11.30pm..... huhuhuhu...

rumah A@ 11am-2pm
--------------------------
4 gelas air kosong
2 kuih raya ( cornflakes n biskut ape ntah )

1/2 plate nasi putih
1 ketul ayam masak merah
1 ketul kentang ( dlm dalca)
1/4 plate sayur peria
2 btg kacang botol n sambal belacan
450ml teamix panas

rumab B @ 3.30pm
---------------------
1 ketul nasi impit mini belah 4
1 mangkuk kuah lontong
sikit sambal tumis ikan bilis
1 gelas teh panas
1 gelas air kosong

rumah C @ 6.00pm
---------------------
beberapa btg maruku pedas
1/2 gelas teh panas

rumah D @ 7.00pm
----------------------
2 ketul kuih raya
1/4 cawan teh panas
1 gelas air kosong

rumah E @ 9.00pm (paling berdosa disini.. toklong aku la, paksa2 makan.. huhuhu)
-------------------------------------------------------------------------------
1 mangkuk kecik bihun sup ( 3 sudu bihun )

1/4 nasi putih
1/4 sayur kobis
beberapa ekor sambal udang
1 keping telur dadar
kuah daging masak kicap
3 gelas air kosong


uwaaaaa................................................bila balik umah timbang berat, toink toink.. naik balik walaupun tak macam asal.. so takde maknenya bersusahpayah 6 hari yg lepas...

Sunday, October 4, 2009

day 6 ( day 4 puasa ganti )

pun terus gi kat menu je la.. sbb takde citer.. ehmp.. by the way, td timbang berat dah jd 73kg.. means drop 2.3kg.. takkan la kut... takpe, update je kat ticker.. hehehe..

sahur
------
strawberry shake
500ml plain water

buka puasa
-------------
1 ketul kurma
1 glass low fat milk nestle mango bliss
500ml plain water

dinner @ 9.00pm at cherry corner
-------------------------------------
1/2 plate nasi putih
sikit tomyam
ikan siakap masak 3 rasa
sikit kailan ikan masin
sikit telur bungkus
500ml teamix ( bwk dari rumah tu.. )
200ml plain water

exercise
-------
goyang kaki kat mesin jahit-jahit baju kurung nak gi beraya esok! phewitt..
jalan2 gi tesco beli berus gigi baru.. hahahaha...

day 5 ( day 3 puasa ganti )

hari ni terus gi kat menu je lah :

sahur
------
strawberry shake


buka puasa
-------------
1/2 plate nasi putih
1 mangkuk tomyam sayur
1 ketul ayam masak kicap
1 keping telur dadar
600ml teamix

9.00-11.00 pm
-----------------
ratah 1 mangkuk tomyam

supper
--------
plain water..
( time ni dah tak larat nak ambik shake dah.. kenyang giler.. )

Thursday, October 1, 2009

day 4 ( day 2 puasa ganti)

salam..

pg td masa nak sahur, ngantuk yang amat2... nak bukak mata pun tak boleh... nak ke dapur bancuh shake pun rasa azab giler.. huhuhu... akhirnya paksa tangan ambik air tepi katil dan minum sambil mata pejam.. nasib la labu..

akibatnya aku jd tak berapa nak larat menjelang pkul 3.. huhuhu... dah le hari ni membuat aktiviti mencabut gigi di klinik trong... balik ke taiping pun staff tegur muka letih giler... prihatin jugak staff aku ni..

menu hari ni :

sahur
-------
200ml plain water

breakfast
----------
beberapa potongan kecik nasi impit + kuah kacang
1/4 plate of nasi putih
1/4 plate of pucuk paku masak lemak
1/2 ekor ikan bawal masak tauchu
600ml teamix
200ml english tea

9.00-11.00mlm
------------------
2 ketul jambu batu
500ml plain water

supper
--------
chocolate shake

moral of the story, semalas mana pun anda, haruslah bangun sahur dan ambik shake!
sekian terima kasih..

Wednesday, September 30, 2009

terkesan dgn ayat power ittew...

td sambil2 online, aku singgah la blog-blog rakan seperjuangan.. tiba-tiba sampai kat satu blog ni, aku rasa terkesan sangat.. terpempan pun ada gak.. sbb aku rasa ada betulnya.. terkena kat atas batang hidung aku sendiri...

'Tips mia kepada semua yg berusaha menguruskan berat badan anda :-1) Jika anda sihat dan masih dapat bergerak dgn baik, senamanla 2-3kali seminggu * Mcm mia yg sakit ni, cukup dinasihatkan sekadar senaman ringan + bangkit tubi ringan. Berjalan adalah terapi sakit mia."

betul tak ckp mia tu? kenapa la aku yg sihat walafiat ni tak buat exercise langsung? kemudahan banyak tp tak gunakan.. threadmill n stationary bike beli beribu2 tp parking kat stor.. huhuhu.. cd & dvd exercise tak guna pun.. huhuhuhu.... insaf insaf....

kepada mia-ina,
terima kasih atas kata-kata kat atas tu.. insyaAllah, aku akan cuba buat senaman sikit demi sikit... doakan aku berjaya gak ek..

day 3 ( day 1 puasa ganti )

salam..

hari ini buat julung2 kalinya aku ambik shake waktu sahur.. walaupun mak menggoda dgn kari ikannye tetapi aku berjaya menangkis serangan ittew.. so menu for today :

sahur
------
strawberry shake
1 glass of teamix
1 glass of plain water

buka puasa
------------
1 plate mee goreng home made
1 glass of english tea
2 glasses of plain water

kul 8.00-900pm
------------------
sekeping kuih kapit
beberapa ketul kuih siput
600ml teamix
few glasses of plain water

12.00am
---------
chocolate shake

water intake - 1.5L plain water, 1L teamix

alhamdulillah... rasa mcm biasa je hari ni walaupun bersahur dgn shake.. esok kita buat lagi ye..

ps: td timbang ada turun 500g, tp before bukak puasa la.. boleh update kat ticker tak? hehe..

Tuesday, September 29, 2009

Day 2

salam..

semalam aku di attack sakit kepala.. dah lama tak kena sakit kepala.. sbb aku ambik teamix ke? sbb aku tak ambik ais langsung ke? hehehe...


today punya menu :

breakfast
-------------
100ml susu HL + 100ml plain chilled water + 3 scoop strawberry

lunch
-------
1/2 plate nasi tomato + 2 ketul ayam masak merah ( aduh.. berdosanya) + dalca + timun + banyak tembikai merah + 1 glass of teamix

teatime

----------

1/2 bijik jambu batu + beberapa ketul kuih raya + 1 mug teamix panas


dinner
---------

2 ketul cendawan shitake + 2cm isi ikan senangin
2 f1 + 200ml air

water intake - 2.4L plain water + 1.2L teamix

Monday, September 28, 2009

Day 1

hari ni dengan azam yang baru, aku akan cuba lagi sekali dengan herbalife.. aku akan terus mencuba sehingga aku berjaya... insyaAllah..

breakfast - strawberry shake
lunch - nasi 1/2 plate + sayur kobis 1/4 plate + ayam masak kicap 1/4 plate + 1 gelas air suam
tea time - mixed nuts + isi ketam sket ( mak aku masak ketam masak lemak, sian lak kalau tak jamah sikit kan..) + 1 mug teamix panas
dinner - belum decide nak ambik shake ke tak sbb dah kenyang

water intake - 2.5L ( berapa kali gi toilet daa... )

chaiyo.. chaiyo..

Friday, September 18, 2009

salam lebaran..

salam semua,

di kesempatan ini, aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin..

Wednesday, September 16, 2009

surat tarbiah part II

dear readers,
email yg dieha bg ni ada unsur2 18sx sket yg boleh menganggu ketenteraman anda.. hehehe.. kalau korang rasa mcm tak sesuai, aku minta maaf ok!

salam atud..
ape lg eh boleh tambah..
kesedaran diri tu satu..
rase cam atud dah sedar dah, sbb siap buat list kekurangan kan?
dah sedar dah, tp tak buat pape utk solvekan problem.
TAPI kenape tak buat pape?
reason nye.. sbb semangat tak kuat + reason utk lose weight tak jelas.
kire sekadar ckp jela, tp action tak buat lg.
nak kate tade bende nak motivate/push atud.. ADE.
maybe atud tak sedar kot ape bende tu.
yg atud list kan.. itu la die.. jdkan as GOAL atud.
--
rase dulu dieha ade bitau reason PENYEBAB UTAMA nape kite nak lose weight SGT SGT. kite ulang skali lg la. sbb 1 hari kat dlm LRT, kite tgh dok diri, tetibe org yg duduk dpn kite tu (akak sket dr sy), offer seat kat sy. die soh sy duduk. dan berkali2 ckp takpe, sy boleh diri.. tp die insist jgk. die ingat sy mengandung.
bile dah org mistook kite pregnant tu, mmg mcm penampar kat muke la. tersedar dr lamunan. mengandung kah aku? kawen pon tidak. aduhai. malu besar tau. rase nak korek lobang, masuk dlm lobang, kambus balik.
sejak ari tu.. sy mmg rase insulted la sgt2. tamo dah org ingat kite mengandung. perut mmg buncit tp tak mengandung pon. isi lemak ade la. hahaha. lemak, air dan angin yg ade. ekeke. so dr situ sy buat tu jd GOAL sy. sy tanak org pk sy smtg that i'm not.
selain tu, family sy sendiri dok herdik/keji kite BESAR la GIANT la mcm TONG GAS la.. mcm2 la. kwn2 toksah citer la. mmg jenis suke judge based on appearance jgk. takat ade jerawat seketul kat muke pon, nak komen jgk. haihh. bosan gak mendgrnye.
so i want to prove that I CAN be smaller again. berbulu dah dgr kejian dan kutukan org. mood kite pon tak best bile org dok ckp bukan2 kan. bad mood je memanjang, muke pon masam jek. tak happy. asyik dok tgk cermin, nape la nasib aku mcm ni.
dulu kite tersgt la kurus kering (underweight). masuk uni, tetibe mengembang dgn jayanye.. REASON: sbb faktor sekeliling. pestu trus tak terjage diri.. mkn tak hingat dunia sbb tgh frust. frust dgn kwn2.. frust dgn mcm2 la.
--
ini goal2 ATUD..
1- bra ketat, dulu pakai 36B, skrg 38B
cth ... goal atud nak kembali ke size 36B. takpon, tonekan bhgn chest tu.
besenye org ponpuan ni ade hump lemak kat blkg, spare tyre kat tepi..
so pasal tu chest membesar. bukan breast yg besar. :D
sy dulu 38"+ kat bhgn chest. in realiti, boobs kecik jek.
skang 31". ekeke. 7" inches tu, fat semata2 tu. wahh.
mati la dok tampung 7" of fat selame bbrp tahun. berat woo.
lompat2 sket pon dah terase berat nye.
2- kain baju kurung sume ketat
mcm mane nak raye ni? :-s
so mcm mane nak buat? mcm mane nak muat balik pakai baju kurung tu seme..
jwpn nye lose weight jek..
mcm sy.. same jgk.. nak muat balik baju kurung.. tp sy dah terlebey kurus skang.. sampai kene alter plak. obviously, baju kurus lame, mesti nak beli baru kan. itu boleh jd goal gak tu. lose weight -> NEW cloths!.. -> senang nak shopping.. sbb size ade. leh beli off the rack. tayah tempah2 dah.
3- seluar jeans n slack yg beli 3-4 bulan sebelum ni sume takleh pakai
same mcm kat atas, lose weight jgk.
4- aku senang sgt mengantuk skrg ni
overweight -> lethargic
so nak atasi? nk jd alert.. nk jd cergas.
lose weight dan kembali active.
lebih bykkan bergerak.. etc.
5- nak basuh lepas poo poo pun susah kalau guna toilet tinggung
susah gak tuh. umo muda lg kan.
6- aku tidur berdengkur kuat
overweight salah satu penyebab snoring..
"Being overweight can cause narrowing of the air passages. Many people who are very overweight snore."
7- libido pun makin kurang
ini sy taleh nak komen. sbb kiteorg lom kawen. ehehe. taleh sentuh bab ni.
8- kolesterol 6.2 ( normal below 5.2)
kurang kan kolesterol.. how? eat healthy.. stay healthy! ubah eating habits.. etc.. pokoknye.. lose weight jgk.
---
skang ni.. masih ade harapan lg.. sbb ATUD masih aware. masih sedar yg bende tu mengganggu diri ATUD. masih sedar, bende tu tak patut di biarkan..
jgn tunggu lame2 lg. sbb, nnt sampai stage u dah terime diri u mcm tu.. dah susah la. mcm my sis in law. die mmg terime diri die mcm tu. dr kecik sampai besar, eventho org ckp soh lose weight ke ape, die tak rase die perlu buat pape. die tak rase die terlalu guhums. die tak rase yg obese ni akan lead to serious diseases/etc.. die TAK KISAH dah. ape die nak mkn, die mkn. org lain taleh masuk campur. kalo org komen pape, die majuk, tp die tak buat pape pon. pape jd, die akan tanggung sendiri. agak nye, kene tunggu masuk spital baru sedar kot.
jgn tunggu sampai stage tu. stage tu dah terlambat. org ckp berbuih mulut pon, atud akan buat dek jek..
my sis in law, she's 100+ kilos tau. umo tersgt la muda lg.. 21 thn. kawen dgn my bro at the age of 19. my bro mase tu 29. anak dah sorang.. almost 1 year masuk sept 29 ni.. -> RYAN. anak die pon sihat mcm mak die jugak. :D
die pon penah try HL.. tp kejap la sgt. same mcm atud, die byk bg alasan. dah la HL tu FREE tu. mak sy yg belanja. tp die tak gunekan peluang tu. last2 expired botol tu. even teamix pon tak minum. teamix yg sedap tu die tamo minum? tak paham aku... :-s
ok.. stop kat sini dulu..

Tuesday, September 15, 2009

surat tarbiah untuk aku.. thanks buddy!

Salam Atud,
mmm... nak start tarbiah nih....
baca dengan hati terbuka ok...

ko bagi list 100 m/s pun, alasan tetap alasan
mmg sentiasa ada...
tapi solutionnya tetap sama...
aku cuma mintak satu jer
leh tak disiplin dengan menu asal?
1 harik = 2 shakes + 1 normal [and no cheating in between meals]
nak cheating, cheating sabtu ahad... satg tak cheating langsung, mendera jiwa raga pulak
tapi kalo ko leh tak cheating, lagik bagus...
tapi yang penting... boleh ker tak boleh?
ini ajer menu nyer atud

ko tahu
aku tahu
dieha pun tahu
semua orang yg amik shakes hl pun tahu
syarat tak banyak
2 shakes + 1 normal = lose weight ggrrr....
tuh jer...

aku pun ada masa berat tak gerak2, sebab apa tuh?
sebab dah start cheating
dah start makan yg extra2
tanya kat dieha, dia check balik menu harik2
mmg betol pun aku cheating
apa aku buat? kembali ke pangkal jalan
cheating jugak tapi TAK SETERUK dulu

perasan tak calendar haku kiri kanan blog tuh
aku siap track harik cheating haku
so aku tahu, aku makan ikut menu ka
atau haku makan ikut suka suki haku :))

bender2 nih balik ke kita jer tud
ko ikut menu, ko buat, ko akan nampak result
ko tak ikut, ko tak buat, ko xnampak aper2
ko tak ikut, ko tak buat, ko topup lagik extra = ko nampak result gained weight arrrr
nak jadik guhums balik cam dulu ker? :-s

ko tahu badan makin berat
kaki makin sakit,
baju makin tak muat,
suo makin sendat
but at the same time, ko tahu shakes boleh losekan weight ko
dah terbukti pun kan
terbukti kat dirik ko sendirik
ko sendirik pernah drop bbrp kg sebelom nih
sebab apa tuh?
sebab masa tuh ko mmg follow menu

lepas tuh tetiba..., ko kembali tak buat... :-s
ko dah lama tinggal bender nih, dia tinggal lah ko balik ggrrr X(
dah tinggal lama tapi jaga makan , jaga portion tak per gak,
nasib baik, maybe berat akan maintain
nih ko hantam topup lagik kat atas, tuh yg jadik naik tuh
ko nak nombor tuh jadik 8X ke kat depan :-s ???
jangan tud, jangan...

aku tak tahu lah extra2 meals ko harik2 aper dier
sebab ko dah lama tak update menu ko
sebab tuh, aku dengan dieha soh ko track menu harik2 ko
so ko tahu ko makan aper2 harik
nih baru start seminggu 2 track makanan
dah hilang
dah diam
cemana dirik sendirik nak check, cheating tak cheating kalo dirik sendirik tak tahu hariknik makan aper, esok makan aper?

aku kalo seharik tertinggal lupa nak update pun dah leh lupa
inikan pulak yg tinggal updates harik2
semua orang keje atud
semua orang bizi
tapi ko nak something, ko kena kerja kuat sikit lah darik semua orang

kita dah bela badan nih 3-4 tahun lepas
kita nak dapat balik badan time2 remaja dulu bukan leh dalam 3-4 minggu
it takes time atud
so make an effort lah
jangan lah mengeluh berat dah naik, tapi tak nak berusaha ke arah tuh
aku geram nih geram... ggrrr...

dalam shoutbox dengan ym ko cakap soh tarbiah kan?
hah! nih aku nak tarbiah lah nih...
silap2 dieha pun akan tarbiah jugak lepas nih ggrrr...

ko tahu ko hangat2 taik ayam
tapi ko tak nak usaha
tapi ko nak result
tak leh atud
ko sendirik kena overcome hangat2 taik ayam ko tuh dulu
tak kan sampai bila2 nak hangat2 taik ayam kot?
ko tak penat ker?
beli shakes, tapi tak makan,
makan kejap, pastu tak makan balik, spirit drop balik
bila kena tarbiah, spirit naik balik, tapi kejap jer 2-3 minggu...
pastu ko kembali ke tabiat tak makan shakes balik
payah nih...

nak makan shakes sampai baper tahun nih?

aku pun bukan perfect tud
aku pun ada buat salah
aku pun ada cheating
tapi bila aku di sedarkan dari tido yg panjang
aku start turun balik...

aku nak losekan 28kg++ pun amik masa 1.5 years
sebab ada cheating, rugi tak rugi? rugi kan?
silap2 aku akan amik masa 2 tahun to reach target sebab dah banyak buang masa kat cheating
ko tahu tak? lagik banyak harik kita cheating, lagik lama masa kita amik untuk lose weight
aku tahu lah, sebab aku buat kat dirik sendirik... 2-3 bulan berat tak mo gerak, seksa jiwa raga tud...
nih baru nak gerak turun balik... sebab apa? sebab baru tersedar setelah di sedarkan, makan suka suki...
padahal ntah2, dalam setahun dah leh reach ideal weight
kita sendirik kena sedarkan diri tud
ko kena sedarkan diri
wake up tud

aku leh cakap sampai berbuih mulut tud!
tapi dirik ko sendirik kena bangkit dari lena yg panjang nih

cukup tak tarbiah untuk harik nik?

Thursday, September 3, 2009

sawang sini sana..

salam ramadhan untuk semua..

lama sungguh tak hapdet blog aku.. kenapa ek? sindri mau ingat la dey.. huhuhu..

masuk minggu ni dah 3 minggu aku duduk berjauhan dengan hubby tercinta.. so far oklah sbb every weekend mmg kitorang berjumpa untuk melepas rindu di dada.. hehehe..

so, selepas 2nd iui pun failed jugak, aku nak ubah aku punya priority dlm kehidupan aku buat masa ni.. aku nak kosentret balik pasal weight loss program aku n tangguhkan kejap usaha2 nak menconceivekan diri.. bulan puasa ni bulan yg terbaik untuk start tp ada gak halangannya.. huhuhu... aku duduk ngan ibunda tercinta so mmg SUSAH giler nak katakan TIDAK pada lauk-pauk yg dihidangkan kat atas meja setiap hari..

takpe, sikit-sikit lama-lama jd bukit.. aku akan berusaha jugak walaupun aku mungkin akan gagal di tengah2 jalan.. pantang mundur maju terussss!

gambatte kudasai cumie-san!

Wednesday, August 12, 2009

Berita mutakhir..

1. Aku baru je menjalani prosedur iui buat kali kedua semalam selepas last cycle tidak sukses.. ambil clomid untuk 2-2 cycle dan untuk pengetahuan semua, clomid ni boleh menyebabkan selera makan bertambah… sungguh, aku tak tipu…

2. My beloved hubby akan transfer ke pulau carey mulai 17hb ogos ni.. so sekarang tengah packing2 barang… huhuhuhu… sedih taw…

3. Aku dislocated my left elbow.. adusss… sangat sakit ok.. merasa penginapan percuma di hospital taiping selama sehari…

4. 2 colleague aku baru start herbalife... tp malangnya, diorang beli kat org lain yg bagi harga 50% discount.. camne tu? Tp takpe, maybe aku boleh start balik herbalife sama2 ngan diorang.. Sbb berat badan aku sekarang ni gilerrrrrr BERAT!!!!!

Saturday, July 4, 2009

misi 1 lagi..

salam..
lama tak update sbb seminggu ni aku sgt bizi dgn keje.. selain tu, sebenarnya skrg aku tgh kosentret 1 lagi misi aku yg belum selesai...

minggu depan, aku akan start treatment prior to iui procedure.. so, bila ada masa terluang je aku akan try cari info pasal iui ni.. menggerunkan tetap nak buat mcm mana, aku boleh berharap yang TERBAIK je yang akan berlaku.. dan aku sangat2 berharap akan berjaya pada percubaan kali pertama ni... kawan2, doakan ya!

pasal diet, alhamdulillah.. seminggu ni berjaya mengawal pengambilan makanan.. tabung herbalife pun duk menten kat rm20.00 lagi.. tp mlm ni nak tido umak mak mertua, kompem kena paksa makan! takpelah, standby teamix banyak2..

Thursday, June 25, 2009

day 2 - sukses!

hari ni berjaya mematuhi peraturan..

selamat rm5.00 aku!

phew~

Wednesday, June 24, 2009

i broke it!!

hahahaa...

masa dlm van on the way balik, adik aku bg sms.. dia ckp mak aku suruh singgah makan dinner sbb mak masakkan lauk fav aku iaitu SAMBAL IKAN BILIS!!! alamak... camne ni.. tak singgah karang mak aku kecik ati lak... kalau singgah sure makan punya...

as expected, mmg aku makan nasik malam ni... huhuhuhu.... 1/2 plate nasi, 1/4 plate sambal ikan bilis ngan 1/4 kangkung.. ada ikan tongkol masak rendang seketul..



bila aku pandang hubby aku dia ckp " your rm5.00 is worth paying because u can eat the best ever sambal ikan bilis tonite! "

cheh!

mintak tolong..

salam..

kawan2 yang pandai pasal template blogger, macam mana nak enable balik ruangan comment? bila click asyik kuar error: not implemented at line 179 bla bla bla..

aku try tgk kat settings:comment.. ada la ayat ni "The embedded comment form can not be used if you have Post Pages disabled." camne nak enable post pages ye kawan2?

TOLONG!!!

The RM5.00 Rule..

sebenarnya, mcm2 cara dah difikirkan untuk nak overcome 'kemalasan' dan 'kedemotivatedan' aku untuk nak kuruskan badan..

so, after chit chatting with my hubby last week during our vacation, we had come out with this 1 brilliant idea ( heh heh heh ) which is, if i break the 2 shakes n 1 normal meal rule, i will be punished n have to pay RM5.00 to our "tabung herbalife" everyday including weekend... aduh!

the money that collected in the tabung then can be used by my hubby to buy anything he wants..

ehmp.. fair n square tak? agak2 berjaya tak? the rule will get effective today, right after i come back from kursus in INTAN bukit kiara..

Tuesday, June 23, 2009

last day - kuala terengganu - perak

walaupun pada mulanya bercadang nak balik seawal yang mungkin tapi kul 10 baru kitorang check dari hotel.. hehehe... cuti kan, standard ah bangun lewat! lagipun ni hari last percutian so bolehla lepak2 sket..

mlm td masa kira2 souvenir nak bagi kat org, rupa2nya ada yang tertinggal.. so kitorang gi pasar payang balik n gi shopping for the last time kat situ... before tu kitorang gi sarapan dulu.. aku makan nasi dagang n teh o beng.. memang sedap sehingga menjilat jari... nyum2!





lepas membeli apa yang perlu je kitorang pun bertolak la balik ke perak melalui jalan jeli-gerik.. aduh la, tensen nak lalu jalan bengkang bengkok mcm gitu lagi sekali.. tapi nak wat camne kan.. sbb bila tanya member yang org kelantan n tganu pun diorang ckp jalan jeli-gerik yang paling dekat...

sampai kat tasik banding dlm pukul 4 ptg.. berhenti utk makan then sambung balik ke gerik.. sampai gerik kitorang decided nak try lalu jalan gerik-bagan serai pulak.. kiranya mcm tak lalu kat kuala kangsar dah mcm masa kitorang dtg dulu...

emph... jalan tu quite ok.. bengkang bengkok jugak tp tak banyak kete.. 1-2 je so sangat oklah sebenarnya... sampai kat batu kurau hubby stop kat gerai tepi jalan sbb nak beli durian kampung.. kitorang beli selungguk durian yg ada 6 bijik semuanya for rm23, paling murah yang pernah kitorang jumpa musim ni..

sampai umah mak aku kat tepeng dlm kul 6.10ptg...berakhirlah sudah percutian pantai timur kitorang..

kesimpulannya: walaupun sangat penat dan letih ( menghabiskan banyak duit!), tetapi memang SANGAT BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Day 4 – kuala Terengganu

Mood hubby masa bangun pagi dah ok.. maybe sbb malam td takde org kacau dia tidur kut! ;-P.. kitorang siap2 kemas barang n check out.. cdgnya nak shopping sket kat pasar payang, gi taman tamadun islam n terus nak balik perak..

Sampai kat kete baru la dapat tengok dengan clearnya kesan kemik smlm.. huhuhu… sudah cacat maaa…. Tp wat bodo je la.. lepas tu kitorang gi makan.. lepas makan gi pasar payang.. tensen betul masa tengok jualan giler2 sutera kat situ… bawah than rm100 pun banyaaaaaaaaaaaaaak giler… huhuhuhu.. menyesal sbb dah rembat 3 pasang kat Kelantan dulu.. tp sbb hubby kesian tgk muka wifey dia yang sedih itu maka dia membenarkanlah isteri kesayangannya merembat sehelai lagi sutera.. thanks abg! Muahsss….

Gi pusing2 beli kepok n hubby makan durian sebijik kat pasar bawah..then kitorang gi tunggu bas nak gi taman tamadun islam.. ada local people yang bagitahu supaya kitorang tunggu bas kat situ, takyah susah2 driving sendiri.. tapi tunggu punya tunggu bas tak datang2 jugak..hubby malas nak tunggu dah.. jam pun masa tu dah kul 4.30ptg.. last2 he decided to stay 1 more nite kat sini n pagi2 esok balik perak..

Kitorang try luck kat pantai batu burok resort lagi tp still penuh… gi intan hotel kat dlm sket, nasib baik ada bilik lg tapi jenis twin sharing.. single bed.. takpe ah, single bed pun boleh tido 2 org.. murah je, rm95 per nite.. bilik sangat comfy, ada kettle, hot shower, air-con&fan n tv 29 inches yg ada seleted astro channel… sgt berbaloi… yg paling best, ada wifi free!!!!!!! Sempat la aku berchatting ngan pfs malam tu.. siap kena marah lagi sbb tak jaga diet! Ampun sifu….

Ptg tu kitorang gi masjid terapung n solat kat sana.. balik bilik terus lepak dlm bilik je.. hubby sgt excited nk tgk channel sport sebenarnya.. maklumlah, dah 4 hari tak tgk tv! Hehehe…




Malam tu kitorang tido atas 1 katil je… kalau aku kurus, maybe lg sangat selesa kan?

Monday, June 22, 2009

Day 3 – pulau perhentian – kuala terengganu

Bangun pagi tersangatlah happy rasanya sebab tak sabar nak main air.. tp pape pun,perut kena la isi dulu.. gi la kat restaurant, tanya bf buffet rm20 per head.. aiyo, mahalnye.. tgk ada bihun goreng, roti, cereal n telur.. try tgk ala carte punya price, rm 13 per item.. lagi rugi.. last2 ambik la jugak buffet tu… hhuhuhu… makan tak seberapa pun..

Lepas makan, terus cari port best utk mandi manda.. uik, mana gi semua org? kitorang je yg mcm kanak2 riang.. berlarian menuju pantai… adalah few minah sallehs duk sun bathing kat situ.. isk isk isk, ape la yg bestnye duduk menghitamkan kulit..





Kitorang mandi manda dlm sejam, then gi snorkeling follow pakej yang kitorang dah ambik masa kat jeti kat kuala besut.. dlm bot tu kitorang je yg Malaysian, yang lain sume kulit putih.. as expected la kan, sume hanya berpakaian seadanye je.. aduh… sian kat laki aku dpt dosa kering.. hehehe..

Beach boys ( aku bg nama special utk org bot tu) bawak kitorang gi 4 spots.. mula2 bawak kitorang gi kat shark point.. dia ckp kalau nasib kitorang baik, dptlah tgk shark melintas.. gerun lak aku.. tp underwater view mmg cantik sangat2.. Subhanallah! Hubby aku berpeluang tgk shark melintas depan dia.. adake dia ajak aku tgk sama… isk2, taknak aku!





2nd spot pun tgk coral.. 3rd & 4th spot yang best, sbb dpt tgk penyu! Mmg tak sangka betul.. aku ingatkan kena gi rantau abg je yg dpt tgk penyu.. encik hubby punya seronok sampai kena panggil naik bot balik.. teruja sungguh dia mengejar penyu tu…
Lepas snorkeling, kitorang balik bilik mandi manda n check out.. sampai jeti kuala besut kul 5.. terus cargass gi kuala Terengganu.. ikut jalan pantai sbb dlm peta nampak mcm lagi dekat..





Kitorang sampai kat k Terengganu dlm kul 7mlm.. pusing punya pusing kat tgh2 town tu sbb kitorang sesat.. aduh.. dlm peta mcm lain je.. banyak jalan yang jd 1 way je.. sejam lebih kitorang sesat!!! Menci taw…. then kitorang gi pantai batu buruk, tp sume resort kat tepi pantai tu penuh.. chett, penat sesat pun tak habis lagi, hotel lak penuh.. aku tpon member aku yg org tganu tp malangnye dia lak kat kl.. tp hubby dia bg list of hotel kat area tganu n he asked me to call up every single hotel.. once booked, then call dia balik utk nak tau jalan… malangnya, 4 out of d list tu sume full… aduhhhhhhhhhhhhhhhh… hotel yg ke5 kitorang call ada room available but for family.. belasah je la drpd takde tempat nak tido mlm ni.. so we ended up landing dlm family room of hotel kenangan… Alhamdulillah….. akhirnya!

Hotel tu takde own parking lot so kitorang kena parking kat public car park few blocks dr hotel tu.. tak kisah lah.. kena bayar rm6 per night.. parking lot tu dkt dgn kedai makan so kitorang decided nak dinner kat situ je la… masa nak makan tu adalah terdgr bunyi mcm kete kena langgar tp buat derk je la sbb tgk takde pape.. org lain pun mcm buat tak kisah je… after makan nak gi la kat kete nak ambik barang sket.. tgk2 ada satu motor jatuh baik punya kat pintu belakang sebelah kiri kete kitorang!!!!!!!! ARGHHHHHHHHHHHHH……………. Ni la rupanya bunyi tadi…. Kitorang tak nak angkat motor tu sbb nak biar owner dia sendiri tgk.. nasib baik ada sorang mamat tganu yg makan kat situ jugak perasan muka owner motor tu yg jugak tgh mkn kat situ.. lepas dia panggil owner motor tu, org dah mula kerumun kitorang.. . aku malas nak masuk campur, biar hubby aku yg buat kira sumer..

Lepas dah bincang2, owner motor tu ( budak baru lepas spm kut ), dia nak bagi rm100.. pintu tu kemik sket n cat tertanggal.. kalau nak ketuk, kompem kena rm300 lebih sbb Honda kan.. huhuhu… tp kesian jugak kat budak tu.. motor dia terbalik sbb tayar dia pancit.. dia pun tak sedar tayar dia pancit sebenarnya.. lg satu, budak ni takde la ckp kasar2 so kitorang bleh terima la maaf dia.. tp masa nak bayar tu, dia ckp dia ada rm50 je.. tu pun lepas kumpul2 dr kawan2 dia.. dia ckp nak bank-in kan belen rm50 tu lps dpt gaji… hubby aku mls nak argue, dia ok kan je la…

Balik hotel, hubby terus hilang mood… ckp pun mcm marah2… aku mls nak kacau, aku biar je dia tidur awal mlm tu.. aku lak lepas mengemas, mandi, solat then join dia tidur sekali..

Pengalaman yang kureng best di Kuala Terengganu! Huhuhu….

Saturday, June 20, 2009

day 2 - kota bharu - kuala besut - pulau perhentian

salam...

day 2 bermula dgn insiden yg sangat menspoilkan mood bershoppingku... lepas check out dlm pkul 10pg, kitorang pun angkut la beg gi kat kete.. dari kejauhan aku nampak something kaler kuning kat tayar kete.. argh... kena clamp ke? aduh! org2 yang sekeliling tu pandang2 je.. bila tgk kat wiper ada kertas saman.. APE? RM300????? GILA APA MBKB ni? aku ngan hubby punya la nak cari hotel yg below rm100 tp alih2 jd camni.. kalau tau, baik aku ambik hotel 5star.. kompem parking free, service n room pun tip top!

kesalahan kitorang parking kat petak reserved utk agro bank.. yang bengang sangat tu, masa kitorang parking kul 1 pg td takde pun block ke papan tanda ke apa.. ada la signboard tp ade ke letak atas koridor.. patutnye kete agro bank tu parking atas koridor la kan??

pehtu hubby call no MBKB, then diorang hantar orang nak bukak key tapi after berunding, dpt kurang sampai rm100 je.. dia ckp kalau nak below rm100, kena gi pejabat buat rayuan.. aku ckp kat hubby kita gi pejabat, try mintak kurang sbb rasa sangat tak berbaloi bayar kat MBKB.. arghhhhh.... baik aku bayar kat peniaga kat pasar ct khadijah kan? hehehe..

nasib baik la pej MBKB tak jauh sgt.. naik atas nak jumpa YDP takde.. S/U lak meeting.. hubby dah buat muka dah.. dia ckp bayar je la rm100, senang! aku berkeras jugak nak try mintak kurang.. sbb kitorang org luar, then bukan salah kitorang pun, bank tu yang buduh..

agaknya PA tgk kitorang terkulat2, dia try la masuk tanya bos dia.. pehtu dia kuar ckp boss dia bagi rm70 je... aku nak mintak rm50 je tp sbb mls nak tunggu, kitorang bayar je..

on the way nak ke pasar siti khadijah mulut aku duk pot pet pot pet pasal buang duit la, menyesal tak tidur hotel mahal la, bla bla la... sampai hubby aku marah, dia ckp jgn ulang bende yang sama! dah nak jadi, nak wat camne...



lepas shopping beberapa helai sutera n tudung( aduh, giler tgk sutera.. rasa mcm nak borong semua!), kitorang cargass nak cari makan tghari.. aku ajak gi makan kat atas pasar tu je tp hubby mcm tak sanggup.. akhirnya kitorang makan kat KFC... hahaha... punyalah jauh dtg tp akhirnya makan KFC je...



lepas makan, kitorang zoom ke kuala besut.. after 1 hour driving, sampai kat jeti.. solat kat surau kat situ, kitorang gi bayar $ hotel n boat.. ambik coral view resort.. kat jeti tgk ramai giler mat2 n minah2 salleh.. kompem kat sana lagi ramai.. seronok org lelaki termasuk la hubby aku menjamu mata kan?




naik bot dlm 1/2 jam.. sampai kat pulau perhentian besar dlm kul 6ptg.. check in n lepas tu jln2 kat pesisiran pantai... SANGAT CANTIK! air sangat crystal blue.. jernih giler..... tak menyesal langsung dtg sini walaupun melambung2 naik bot...

mlm kitorang dinner kat mama's chalet sbb kat situ yang paling murah... jalan kaki sket pun takpe, janji berbaloi...

seperti yang telah diagak, mmg sangat ramai minah salleh yang seksi yg hanya memakai 2 pieces je... jeles betul tgk body diorang... huhuhu...

mlm kitorang tido awal.. ngantuk! good nite everybody!

Thursday, June 18, 2009

day 1(15/6/09) - kuala kurau-gerik-kota bharu

slm...

sebenarnya, perancangan untuk nak gi jalan2 kat pantai timur ni dah lama dah tapi asyik tertangguh sebab kesuntukan masa.. alkisahnya hubby aku tak pernah jejak kaki kat kelantan n terengganu so akhirnya aku paksa hubby ambik cuti seminggu untuk melaksanakan hasrat murni kitorang ni.. hehehe... (hasrat aku nak bershopping sebenarnya..)

akhirnya, tengahari Isnin lepas, aku n hubby bertolak ke kb.. mmg kira try n error je lah sbb tak pernah driving ke sana.. selama ni aku gi naik bas je.. ala, folo rombongan la katakan...

2-3 hari sebelum tu, berpusing2 kitorang cari peta kat stesen minyak @ 7eleven tapi tak jumpa.. nasib baik akhirnya kat caltex hentian sebelah bukit gantang ada jual.. amboi mahalnya, rm11.50 tau! tapi nak tak nak kena la beli gak kan...

kitorang sampai jeli dlm kul 6 petang.. pergh, jalan gerik-jeli punya la mencabar kesabaran... jalan bengkang-bengkok with limited area to over take.. lori pun sangat banyak... sabar je la folo diorang... huhuhu...

lepas top-up minyak kat jeli, kitorang teruskan perjalanan ke kb.. masa mr hubby tgh speeding ( hubby tunjuk power driving sbb baru jumpa jalan lurus! hehehe..) tetiba viva kat depan kitorang berhenti tiba2! aku punya la takut sampai tutup mata! nasib baik hubby brek n mengelak ke sebelah kiri.. betul2 sebaris dengan viva tu! berdecit2 bunyi tayar kitorang membrek! phewww...... nak tau tak kenapa tiba2 viva tu berhenti? sbb KAMBING dengan selambanya melintas! yang paling menyebalkan HATI adalah pakcik owner tu siap tersengih2 tepi jalan dengan kain pelikat separas lututnya! HAMPEH..

kitorang sampai kat kb dlm kul 8.00mlm... percutian kali ni dinamakan BUDGET TRAVELLING so matlamat kitorang nak cari hotel bawah rm100 je... pusing2 punya pusing, finally kitorang pilih suria hotel.. rm75 per nite.. bilik quite kecik tp ok la.. tv kecik je.. dpt siaran tv1 n tv3.. jadilaaaaa.....

lepas kemas barang, kitorang chow gi pasar mlm depan supermarket pantai timur.. aku beli laksam n kepok lekor ( wajib la kan, dah sampai klate... ) hubby lak beli nasi kerabu... tapau air teh o beng n fresh orange.. mkn kat hotel sbb nak feel..heheh...
aku takut gak masa nak minum tu sbb kelantan kan terkenal dgn manisnya.. tp alhamdulillah... manis2 buah je bak kata orang...

makanan kitorang mlm tu? mmg SUPERB! sdp sampai menjilat jari... nyum2... hehehe...

lepas makan, kitorang siap2 nak gi wakaf che yeh.. ada org bgtau kat situ kaftan n tudung murah2.. kul 11 mlm baru kitorang gi... hasil 'tangkapan' malam tu? hehehe... 11 helai kaftan utk diqiqahkan kepada diri sendiri n sedara mara serta beberapa helai tudung n blouse... I LIKE..... hehehe.... hubby lak beli jersey celup man u... sian betul jd org lelaki ni, susah nak cari barang utk diorang kan?

lepas menshopping2, kitorang balik hotel semula... lupa nak ckp yg hotel tu takde parking.. kitorang parked kete kat depan bank je.. ada story yang menarik pasal parking kete ni.. cite tu akan masuk entry day 2 akan diceritakan...

sampai bilik kul 1 pg.. tido kul 2 pagi... UWARGHHHH... ngantuk!





pantai timur exploration

salam everybody..

mintak mahap la, lama sangat tak update blog.. sangat sibuk dengan keje ISO dan skrg ni pulak tgh bercuti kat pantai timur.. insyaAllag esok balik umah dah... nanti story pasal vacation aku n hubby akan diblogkan ek.. plus korang akan dpt saksikan gambar2 terbaru melibatkan kenaikan pertambahan kemontelan dan kegemokkan semasa bercuti ini.... huhuhu...

Friday, June 5, 2009

menu 5/6/09

hari ni sempat buat shake.. hehe..

bf-
3 scoops vanilla f1 + 200ml strawberry yogurt drink


lunch - the noodle station, taiping sentral
1 mangkuk thai tomyam with noodle
1 gelas besar iced honey lemon


tea time -
beberapa bijik roasted almond
450ml teamix

mlm?

menu 4/6/09

hari ni bangun lambat,so tak sempat nak prepare shake.. sifoo, maafkan saya ok?

bf -
sandwich sardin
plain water


teabreak ( ada meeting )-
1/4 pinggan bihun singapore
1/2 cup air teh


lunch ( medan selera tasik raban ipoh )-
1/4 pinggan nasi
1/2 pinggan sayur pucuk salang & sayur campur
1 ketul ikan pari masak asam
1 telur rebus ( hehehe.. godaan )
1 gelas iced lemon

dinner ( hubby belanja makan kat luar... huhuh... )-
1/2 pinggan nasi
sehiris telur dadar
1 piring sayur campur
sikit ayam masak halia
kuah sup ekor

huhuhu....

Thursday, June 4, 2009

menu 3/6/2009

salam... menu utk smlm..

bf- f1 choc + 300ml susu HL


lunch - 1/4 pinggan nasi
1/2 sayur bayam + kobis
1 telur goreng bersambal
450ml teamix

ptg - beberapa biji roasted almond
beberapa potong betik



mlm - 1/4 pinggan nasi
2 ketul kecik ayam masak lemak cili padi
3 hiris/ketul kentang
1/2 sayur sup sawi
air laici tin

alamak, terlebih sudah!

Tuesday, June 2, 2009

menu 2/6/2009

hari ni ada kursus kat ipoh dari jam 8.00pg-5.00ptg.. kalau dah namanya kursus, makanan adalah sangat mengenyangkan... mari tengok sama2.. hehehe...

6.45pg - 1 botol vitagen


11.00pg
1/2 bihun goreng + 1 ketul karipap + 1 ketul kuih cara
1/2 cwn teh susu
200ml plain water






1.00pm
1/2 pinggan nasi beriani (huhu..)
1 ketul ayam goreng tepung( wing )
1 ketul daging masak kari
1/4 pinggan acar timun + sengkuang
beberapa ekor udang masak sambal
1/2 cwn air sarsi
200ml plain water


5.00pm
1 keping kek marble
1/2 cwn teh o
200ml plain water


malam - 1 biji gong pear

Monday, June 1, 2009

menu hari ni..

as requested by sifoo, aku listkan makanan aku for today.. masih tak berjaya memulakan rutin shake tp insyaAllah, aku akan cuba..

bf - 2 popia n 1 karipap
nescafe ais 1/2 cwn



lunch - bihun sup siam
450ml plain water


ptg - biskut danish butter 3 keping
450ml teamix


mlm - f1 choc + 200ml susu HL vanilla + ice cubes

Sunday, May 17, 2009

saturday outing..

As Salam...

Semalam, aku n hubby gi jalan2 ke seberang jaya.. sebenarnya nak gi sunway carnival, nak ambik lappy yang dihantar utk repair kat senQ.. baru beli sebulan, port broadband cable dah takleh pakai... hampeh tul!


ni lappy aku yg baru diambik semalam, harap2 dah ok!

tp disebabkan aku bercadang nak bershopping sket, maka haruslah ke jusco aka shopping heaven aku kat seberang city dulu.. kat sunway tak best sangat nak shopping.. hahaha...

on the way ke penang tu, ajak hubby gi auto city jap, singgah nak lunch.. actually teringin nak makan kat subway, gara-gara terpengaruh dgn TBL la ni.. hahaha.. masa masuk dlm tu, jd jakun giler... maklumlah tak pernah!

kitorang ambik 1 foot long subway melt set.. ok lah, mmg sedap dan mengenyangkan.. 1 foot tu shared 2 org okeh.. tu pun separuh nafas nak habiskan tau!

jemput makan semua..


mcm sedap!


before acara ngap bermula.. abaikan perut aku yg berlapis2 ittew..

pehtu gi la jenjalan kat jusco.. aku heran gak bila dtg sini.. sbbnya mcm tak ramai org.. parking kat atas memang lengang giler... weekend tuh.. org kat dlm mall pun tak seramai kat jusco ipoh or jusco2 lain.. mmg sgt selesa lah kalau nak shopping kat sana.. welcome2!

pusing punya pusing, akhirnya aku 'terpaksa' membeli handbag seperti yg telah ditunjukkan di bawah.. sbb yang aku berkenan yg lain2 sumenye mahal2... uwaaaa...... aku rasa cam tak berbaloi je nak beli handbag harga lebih dari rm300... kenapa handbag sangat mahal ek? nasib baik la aku ni bukan hantu handbag.. seumur hidup aku, inilah handbag kedua yg aku ada! beli pun sbb handbag pertama aka handbag hantaran kawen dah mengelupas! ahahaha... mmg ganas!


inilah handbag aku! brand carlo rino je...

tp aku tak pakai handbag bawak gi tempat keje.. aku bawak bagpack je... senang! sumbat je apa yang nak disumbat! termos pun letak dlm ni je.. mmg sangat tak feminin.. ala, sape pun yg nak tengok aku...

hubby pun bleh tahan menshoppingkan diri.. beli t-shirt n jam seketul.. punyalah banyak jam hubby aku, sampai bleh buat koleksi.. isk isk isk... tak kisahlah, duit sendiri kan....

lepas dah pusing2, kitorang gi sunway ambik lappy n balik umah... on the way singgah juru jap sbb lapo tak dinner lagi.. masa tu dah pkul 11.00pm.. hihihi... masa kat hiway ada eksiden yg agak teruk tp tak sempat nak snap gambar sbb aku yg driving! betapa baiknya aku kan?


aku makan bihun sup, hubby makan nasi ayam.. nampak tak jam baru ittew? hehe.. terus je pakai lepas beli... tak nyempat2!

mlm td tido kul 2 pg... uwarghhhh...... good nite everybody!

Saturday, May 16, 2009

di TAGGED oleh sweetisitie..

1st time di tagged oleh blogger.. hihihi... ni sweetiesiti punya keje.. aku try jawab sejujurnya, ewah!

1] The Rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below..
2] Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer..
3] After that tag 12 people...

ok troskan menjawab...

Q.1 : THE AGE OF YOUR NEXT BIRTHDAY?


daku akan berumur 30 tahun pada 15 september ini... aiyak! sudah tua...

Q.2 : PLACE I LIKE TO TRAVEL THE MOST?


pernah merasa pegi sekali je.. nak pegi lagi...uwa!!!

Q.3 : My Favourite Food?


i am nasi lemak freak!

Q.4 :NICKNAME THAT I HAVE


artist ke cumie kat atas ni?

Q.5 : MY FAV COLOR?


i am pink ghost! ( hantu pink, hehehe )

Q.6 : THE CITY I LIVE NOW?


from taiping with luv... kan siti kan kan kan?


currently duduk kat kuarters hasben di kuala gula...

Q.7 : THE PLACE I WAS BORN?


hospital taiping, tapi building ni building baru...

Q.8 : MY COLLEGE MAJOR


i am a tooth puller!

Q.9: MY BAD HABIT?


ni la perangai buruk aku sejak kecik lagi, huh!

Q.10 : MY HOBBY?





semua diatas adalah hobbies yang tak patut anda contohi..

Q.11 : My WISH ?



aku teringin sangat-sangat nak mempunyai ZURIAT sendiri.. dan juga aku teringin sangat-sangat nak KURUS!

aku rasa mostly blogger yg aku kenal dah buat tag ni.. ehmp.. aku listkan sahaja tp dapat 6 org, kalau dah pernah buat lama2 dulu, buat lagi sekali yg latest punya okey?.. kalau belum buat, silakan ye...


1. pfs

2. cikemi

3. ayu aymy

4. dcd79

5. atik

6. julin

silakan...