Tuesday, November 30, 2010

kisah aku dan gym..


-ni le tempat aku berworkout-

salam..

kalau tgk ticker kat sebelah, sure korang mengharapkan aku dah ada banyak penurunan sbb dah 2 bulan aku join gym.. tapi hakikatnya, aku mmg belum berjaya mengubah apa2 pun.. menten je kat situ berat aku.. nasib baik tak bertambah..

sesi training aku untuk 24 sessions sbnrnya dah expired 25/11/2010 tp masa tu aku ada lg 10 sesion tak sempat habiskan.. kalau nak extend, kena beli new sessions.. kalau tak, burn camtu je.. 1 session = rm125, kalau 10 sessions = rm1250... wuiiii, banyak tuuuu..... kalau tambah 12 sessions lagi, kena tambah rm1420, then bleh extend sampai 31/3/2011.. so dgn paksa relanya, aku terpaksa menambah session lg.. personal trainer aku senyum sampai ke telinga tatkala aku menyain contract itu.. owhhhh...

punca aku tak habis 24 sessions dlm 3 bulan? 1-aku sign-up bulan puasa, so sape nak training lepas buka puasa kan? 2- kelas aku asyik tukar schedule sesuka hatinya so bila dah set-up training, tup2 kena attend kelas pulak... kena cancel... 3- sokmo ada DILEMA masa nak gi training.. malas la, kena study la, buat assignments la... etc etc etc...

takpe, aku ada 4 bulan dari sekarang utk habiskan 20 sessions lg... lepas exam disember nanti, aku akan pulun DIET n EXERCISE programme aku semula... GO CUMIE GO!

-wasalam-

Tuesday, November 9, 2010

dari slimming centre ke gymnasium part 2

cont...

lepas aku balik umah, aku terus tengok citer chinta chandurry.. best wooo citer tu sbb aku nak tgk si fasha 'panda' tu.. bg aku dia mmg cantik, cantik ala melayu tp perangai je yg aku tak berapa nak berkenan..

lepas solat maghrib, aku siap2 nak pegi gym pulak.. sbb dah set dgn trainer, kena la gi mengadap! karang tak pasal kena fire.. dah la mahal bayoo... huhuhu... td kat kedai slimming amoi tu dah bgtau mlm ni aku kena rehat sbb dah bakar 1200kal masa buat treatment ( amboi, aku berlari atas treadmill 1/2 jam pun baru bakar 300kal, tu pun dah nak separuh mati aku rasa! )... tp sbb komitmen ( cheewahhh... ) aku pun paksa rela gi gym mlm ni..

tp mmg rasa letih sket.. as usual, mula2 aku kena buat cardio 15 min.. masa tu ok lagi.. lepas tu kena buat resistance and strength exercise for 45min.. masa tu dah ala2 pancit dah... tp aku masih mengagah perkasa lg walaupun aku sbnrnya rasa mcm nak tido je atas treamill tu..

before balik, aku kena buat cardio lagi 30 min.. masa ni aku mmg buat all out... peluh mmg peluh, menitik la jugak tp tak boleh la lawan peluh kat slimming td...

tp, lepas dah selesai semua urusan aku kat gym, aku rasa PUAS sangat!!!! puas sebab aku keluarkan peluh dgn cara yg sihat.. walaupun tak sebanyak di slimming centre, tp aku dapat rasa energy aku telah diburnt kan...

so, kesimpulannya, berpeluh disebabkan exercise is much much more giving u self satisfaction, compared to berpeluh sbb kena wrap! hahaha....

Thursday, November 4, 2010

dari slimming centre ke gymnasium part 1

salam,

smlm aku buat keje gile.. hehehe.. bukanlah giler sgt pun, just aku gi membakar kalori paling banyak dlm sejarah hidup aku..

petang smlm, kawan aku offer voucher free buat slimming treatment kat satu kedai kat ampang... bukan london weight, bukan marie france, bukan slimworld dan bukan jugak keep slim.. ala, kedai kecik2 je...

aku gi la.. mula2 buat consultation, ambik semua important measurements before nak analyze.. hasilnya, berat 79.8kg ( belum tolak baju n jeans yg aku pakai ), fat 41.1%, fat mass 33.3kg n BMI 32.++.. giler berat!!!!!! pehtu amoi tu duk la pot pet pot pet kat aku , kata lemak aku dah tebal la, susah nak turun la, bla blaa.. aku dengor je sbb nak kata ape lg pun kan?

lepas buat analysis, aku kena buat detox lymph drainage n wrapping... aku sebenarnya dah jd kureng excited sbb aku rasa barang2 kat kedai tu dah seasoned! tuala buruk, busuk, selimut pun sama.. pehtu, ade ke pakai kain batik? yg standard mak2 kita buat kain buruk dah? isk isk isk...

yg detox tu tak best, tp yg wrapping tu mmg berpeluh giler laa.. kuyup aku.. tp aku tertanya gak, di basuh tak lapik yg basah tu? ke dia recycle cam tu je? erkkk...

lepas tu ukur balik.. as expected la kan, kompem ada penurunan.. amoi tu beria2 la kata aku ni susah nak turun sebenarnya tp tak sangka lepas 1 session pun dah nampak.. ( ala, ayat bodek aka meniaga).. berat aku jd 78.8 ( cheh, pakai 2-piece je, mmg la turun !), fat turun 0.9%, fat mass turun 1.1kg.. ehmp....

pehtu dia promo la pakej2 dia... paling sesuai utk aku lebih kurang rm5K for 20 sessions.. dia punya la pujuk, aku buat2 la mcm interested tp sbnrnya aku x sabar nak balik!! sbb nak tengok cita chinta chanduri.. pot pet pot pet lg, pehtu aku ckp aku kena tnya hubby aku dulu sbb aku ni student, takde gaji... hahahah ( sebenonya aku ni CBBP - cuti bekerja bergaji penuh ).. nak tak nak dia terpaksa la 'melepaskan' aku balik...

keluar2 je, aku kata kat kawan tu yg kasi voucher tu, kompem aku tak pegi dah kedai tu semula lepas ni!

to be continued..

Monday, November 1, 2010

my food diary


salam..

weekend lepas tetiba rajin nak buat food diary.. walopun aku mmg dah lama tau kepentingan food diary ni tapi sekarang baru nak buat dlm bentuk hard copy.. hari ni dah start jotting down semua food yg telah di ambil dan akan di ambil selepas ini..

chaiyo!

Wednesday, October 27, 2010

baby oh baby..


salam...

lately ni, ramai sgt blogger yg aku follow terpregnant lepas berat diorang turun... ada yg turun banyak kilo, ada yg sikit je... ehmp.. mmg betul la teori yg kata kalau turunkan berat badan, chances utk pregnant akan naik...

adakah itu akan memotivasikan aku?

Friday, October 22, 2010

my current reading

salam..

it has been 4 weeks since i started my gym course.. i fixed 3 sessions per week with my trainer but lately, i felt sooo lazy.. my old me is back! arghhh... i hate this feeling... i am demotivated again! as usual..

on weighing today, my scale showed number 80.2kg, and i was totally shock! suddenly, it killed my training mood ( i'm supposed to have training this evening) and quickly off to my husband's house instead of going to the gym.. bengang sangat kut!

luckily, i found this blog, http://jomkurustoday.blogspot.com/ which is recommended by one new friend in the internet.. i really impressed by the way she lost weight n was able to 'translate' what she had learnt from her diet 'guru ' Jillian Michaels to her readers to read.. memang best! kak imah, u did a very good job!

skrg ni pun tgh duk membaca lg... tgh nak kutip infos n knowlegde.. semoga berjaya lah hendaknya...

Aminnn.....

Monday, October 11, 2010

the shocking news!


salam..


Hampir seminggu takde entry baru sbb bizi dgn study journal.. arghhh.... kenapa kena study journal? kenapa tak boleh study buku teks je? pagi petang siang malam asyik tengok journal je.. takpe, lupakan hal belajar kejap...


sejak aku join gym ni, aku rasa fitness level aku jd better compared masa aku mula2 start training.. tp yg frustnya, berat aku baru turun sekilo je dah 2 minggu ni... tp kat lengan tu ada rasa sikit kurenglah... jd la, at least aku ada rasa perubahan kan..


cuma lately bila aku workout, aku sakit dada.. kadang2 bila dah stop pun aku sakit gak.. tak tau kenapa.. tp takde la pening2 ke hape, kdg2 rasa nak melayang tu ada la.. last weekend aku gi satu klinik private kat pekan sijangkang tempat hubby aku.. check2 doc tu kata aku ada HIGH BLOOD PRESSURE!! terkejut giler aku.. tak pernah2 seumur hidup aku yg mencecah 31 tahun ni, aku didiagnose dgn hypertension.. my reading that day was 160/86mmHg.. before aku masuk ukm ni, medical checkup aku clear je.. masa buat treatment kat hospital pun akunye BP ok je.. ni something wrong somewhere ni... aku mmg tak puas hati.. lg pun doc tu aku tgk mcm nak tak nak je treat patients.. hampeh punya doc.. aku taknak dah jumpa mamat doc yg hampeh tu lg..


before balik dia suruh aku buat daily BP monitoring, siap bg kad kat aku.. tghari td aku buat kat klinik jd 140/80mmHg.. pehtu petang sket lg, 118/78mmHg... malam td pulak aku buat kat gym ( lepas aku buat workout lg!) 111/78mmHg.. isk isk isk...


sape yg salah sape yg betul ni? takpe, esok buat lagi BP monitoring... uwaa....

Thursday, September 30, 2010

stressful day!


salam..

hari ni sgt stress.. aku tau stress tak bagus utk badan tp i couldn't help it.. hidup sebagai pelajar selepas 7 tahun bekerja tak semudah yg disangka.. syukur jugak husband aku kat sini, dapatlah melepaskan rasa lelah pada dia setiap hari walaupun melalui telefon.. arghhhh....

hari ni disebabkan stress, aku tido ptg sampai 6.30ptg n bangun utk buka puasa dgn roti wholemeal n buah2an sket... mmg kenyang tp kul 10 aku gi makan kat mamak ali maju ukay perdana sbb rasa lapo.... isk isk isk... penangan stress kut?

uwaa............................ should i reconsider?

Tuesday, September 28, 2010

weekend @ legend resort, cherating


assalamualaikum..

last weekend aku dgn 4 kawan2 yang lain telah berjaya mengescapekan diri dari kebizian hidup sebagai student kat cherating.. actually vacation ni di taja oleh kawan aku yang bakal menamatkan zaman bujangnya 10.10.10 ni.. to dr suriyati sariban, congratulationss! welcome to the club!

kitorang lepak kat legend resort.. sampai2 je terus bebudak ribena ni terjun tiruk masuk swimming pool... aku takde burkini or muslimah swimsuit so telan air liur je la... huhuhu... dulu tak nampak kepentingan swimwear ni sbb malu badan gemuk tp lepas tgk kawan aku pakai nampak ok je... tak seksi pun.. akan mengkonsider diri utk membeli satu swimwear lepas ni...

yg paling membanggakan, walopun aku bercuti, aku sempat masuk gym kat resort tu n do some workouts for 1 hour... kalau trainer aku tau sure dia bangga punyaa..... hahaha.,..

balik kl terus pancit! mengantuk + penat giler sbb aku yg jd supir kat sana... tp takpe, yg penting kita enjoy!!!!!!!!!!!!!

Friday, September 24, 2010

Celebrity Fitness

salam..

selepas beberapa bulan kosentret utk conceive dan mengabaikan diet sepenuhnya plus dgn ambik ubat kesuburan, maka badan aku telah mencanak2 naik.. tp tak boleh salahkan ubat tu sgt pun sebenarnya, aku yg buat tak kisah dgn badan aku.. especially after aku buat lap & dye + ovarian drilling, lg aku malas nak diet n exercise..

hasilnya, berat aku mencanak naik mencecah 79kg! the heaviest me ever!!! masyaAllah... sgt terkejut walaupun cuba mendeny angka kat scale aku tu.. patutlah seluar semua rasa ketat, n pakai t-shirt pun amboi, sendat je kat lengan tu..

mula2 nak try slimming centre sbb ada member depan mata turun berat giler2 lepas gi london weight management.. teruja sgt tp bila baca review kat internet mcm tak berapa nak yakin pulak.. so try google pasal gym.. n tanya member yg attend gym.. lepas fikir2, aku enrol gym yg paling dekat dgn umah sewa aku iaitu celebrity fitness wangsa walk + personal trainer.. harga bulah tahan... uwaaaaa.....

lepas raya aku start training... baru 2 session tp Ya Allah, sakit badan jgn ckp.. pernah aku jalan mcm si capik masa mula2 buat training dulu... nampak sgt aku x fit! huhuhu..

nanti aku update my body analysis masa aku mula2 gi register as member kat CF tu...

chow!
-

Thursday, September 23, 2010

sawang sini sana..

assalamualaikum n salam sejahtera.. erk, nasib baik 'hidup' lagi akaun blogger aku ni.. aku masuk sekejap sbb nak sapu sawang2 ni... insyaAllah, aku akan mula berblogging semula..

tunggu...... :-)

Wednesday, January 20, 2010

cerita ceriti..

salam...

weekend lepas jumpa hubby..
sangat seronok..
makan-makan...
2 kali makan zinger tower..
sedappp...

smlm..
sangat malas buat aerobik..
tp paksa diri..
suksess!
30 min ber'joget' sorang2..

hari ni..
sgt letih..
balik keje ZZZZZZzzzzzz...
bangun tido takde mood..
no aerobic..
lantaklah!

ps : keje banyak giler, sgt stress sebenarnya.. uwarghhhh!!

Thursday, January 14, 2010

yoroshiku!


salam...

ape yoroshiku tu ek? aku pun tak tau... la la la la.. yg aku tau tu tagline skulmet aku pakai dlm raja lawak musim ke 4, JD.. serius masa sekolah aku tak tau dia tu pak lawak ke ape, yg aku tau dia memang seorang pailang maktab ( pailang = samseng, kitorang panggil mrsm tu maktab, bukan maktab perguruan ok! ).. yg aku tau lepas habis spm, dia sambung belajar kat jepun.. aku tau jgk dia ada group indie so mmg sgt2 tak sangka dia masuk raja lawak.. at least masuk la akademi fantasia kan?

ape2 pun aku harap dia bleh sukses ahad ni.. td bukak channel 105 tgk nama dia kat bawah sekali.. harap2 tak kena keluarlah... JD-san, Ganbaro!!!

cite aku hari ni: ada terbabas sket la.. ptg td makan keropok lekor n nugget... hehehe... tp berjaya cover dgn aerobic for 1/2 hour... peluh tak ingat seh....

so kengkawan, selamat berdiet dan menonton raja lawak musim 4 di astro prima ahad ni jam 9 mlm ok ( jd, aku promote habis ni, jangan lupa share aku ok kalau ko dah jd glamer nanti.. )

jaaaaaaaa...




Wednesday, January 13, 2010

sinful day!

geram..
pada diri sendiri...

dah salin baju..
nak pegi jogging..
jln pegi kerete..
ujan pun turun..

tetiba kat kepala ada plan jahat..
nak makan kat secret recipe..
nak makan cheese cake..
nak minum kopi mahal...

ada pulak geng nak folo..
so makan2 dgn seronotnya..

sampai rumah..
terus jd malas..

seterusnya?
LU PIKIRLAH SENDIRI...


Tuesday, January 12, 2010

formula baru?

salam..

hari ni dengan banggenyer memberitahu ante-ante sekalian bahawa aku telah berjaya breakfast dgn dato' shake! hehehe... takde la, lagu dia pun aku tak berapa nak hafal, inikan pulak nak bermanja2 nak breakfast dgn dia... aku ambik shake hari ni.. f1 strawberry + marigold hl.. yummy... sedap pulak rasanya hari ni...

buat permulaan, maybe aku akan ambik shake sekali sehari dulu... then baru jd 2x sehari untuk program weight loss aku.. kali ni aku taknak poyo2 sangat.. aku nak slow n steady je... so, aku bleh ajar diri aku sket2 n slowly change my habit n my lifestyle... ni pendapat aku je la, kalau korang tak suka, opps, i'm sorry....

seperti selalu, hujan turun membasahi bumi taiping so batal lagi acara jalan2/lari2 aku ptg ni.. kena ganti ngan aerobik lah nampaknya... hari ni nak try formula baru.. aku buat aerobik lepas 1 1/2 jam makan dinner [ nasik ( serving yg kecil ) + lauk pauk ].. hasilnya? marvellous!! aku tak rasa s.o.b mcm smlm dan berjaya folo cd tu sampai habis... hehehe.. so, maybe akan try buat mcm ni utk beberapa hari yg akan dtg..

ehmp, kepada sesiapa yg guru dlm bab2 senaman ni, boleh ke aku buat mcm tu?

Monday, January 11, 2010

10 menet je?

slm..

hari ni plan nak jogging kat lake tak kesampaian sbb ujan turun dgn lebatnya.. so, balik umah dan paksa diri buat aerobic.. bukak cd denise austin calorie burn ape ntah, tp mlm ni aku mampu buat 10 menet je tak termasuk warm up session.. berpeluh tu no hal, tp mcm short of breath pulak tetiba.. huhuhu...

kaji punya kaji, rupanya sbb aku tak makan something yg 'heavy' like carbo or protein tengahari td.. aku mkn buah jambu je.. tak makan nasi sbb perut rasa kenyang...

so, next time, kena la makan lunch jugak.. kan?

Saturday, January 9, 2010

hunting2 di queensbay mall..

salam...

ptg smlm, alhamdulillah... berjaya berjalan mengelilingi tasik buat hari yg kedua.. dan berjaya juga menjoggingkan diri... walaupun hanya beberapa ratus meter sahaja tetapi phew~~~ tetap menyosakkan dado den ni ha! bangga tau sebenarnya.... hehehe...

so, disebabkan perkembangan baik ittew, aku telah memborong 2 helai track bottom n 3 helai t-shirt di queensbaymall untuk dipakai berlari di masa akan datang.... ala2, murah2 je.... tak sampai rm100 pun semua tu...

so kawan2, doakan aku berjaya mementenkan diri ok... aku betul2 mengharap ada miracle yg berlaku pada aku utk tahun ini...

miracle happens when we still believe!!!

Thursday, January 7, 2010

2nd workout..


salam..


hari yang berjalan2 pusing tasik tu menyebabkan kaki ku sakit mlm itu... dan yg paling hmpeh, takleh tido pulak!!!!!!!!! sampai kul 4 pg terkebil2 mata aku... bukak tv pun takde cite best, hampeh...


smlm, disebabkan tak cukup tido mlm sebelumnya, kul 10 aku dah tumbang tapi kul 2 pg terjaga balik... huhuhuhu...... takleh tido sampai kul 3-4pg.... tensinyeeee..........


hari ni pulak alhamdulillah, tak mengantuk sgt.. so, paksa diri pakai kasut , tukar baju n pakai track bottom, bukak cd aerobik dan terkinja2 la aku sorang2 dlm bilik... hehehe... mesti mak aku eran dgr bunyi ala2 disko dlm bilik aku...


ehmp... mak dah ajak makan tu... chow chin chow uollsss.....

Tuesday, January 5, 2010

my first workout in 2010..


salam..


hari ni hari pertama aku berjln mengelilingi taman tasik taiping dgn seorang teman, dr zarina.. kitorang sama2 nak turunkan berat badan so bila dah ada kawan ni, harap2 boleh la berjaya impian tu... hari ni rekod 45min pusing 1 tasik.. insyaAllah, next time we will increase the pace and maybe can reduce the time also.. n maybe we can even run next next next time... hehehe...


Mana tau tahun yg takde azam ni akan membuahkan hasil... Amin!!! :-)