Tuesday, January 18, 2011

no title

salam,

mula2 kenapa aku nak buat blog ni? self - satisfaction? suka-suka? buang masa? ikut trend? nak kumpul follower? nak dijadikan idola? entah, aku pun tak tahu.. yang aku tahu, tujuan utama aku nak kurus, dan aku nak sharing dgn orang lain, konon-kononnya aku boleh sebaris dgn weight loser yg lain.. tp realitinya, sampai skrg, tujuan tu tak tercapai-capai lg sampai sekarang..

dan realitinya, selepas aku berhenti gi gym for 1 month sbb buat preparation nak exam dan minggu exam dan cuti semester, berat aku jadi 81.2kg.. sgt terkejut sbb walaupun aku x gi gym, aku taklah makan sewenang-wenangnya.. i gained almost 3kg in 1 month, just 1 month....

sedih... tp kali ni aku cuba lg.. tak tau untuk kali ke berapa...

Tuesday, November 30, 2010

kisah aku dan gym..


-ni le tempat aku berworkout-

salam..

kalau tgk ticker kat sebelah, sure korang mengharapkan aku dah ada banyak penurunan sbb dah 2 bulan aku join gym.. tapi hakikatnya, aku mmg belum berjaya mengubah apa2 pun.. menten je kat situ berat aku.. nasib baik tak bertambah..

sesi training aku untuk 24 sessions sbnrnya dah expired 25/11/2010 tp masa tu aku ada lg 10 sesion tak sempat habiskan.. kalau nak extend, kena beli new sessions.. kalau tak, burn camtu je.. 1 session = rm125, kalau 10 sessions = rm1250... wuiiii, banyak tuuuu..... kalau tambah 12 sessions lagi, kena tambah rm1420, then bleh extend sampai 31/3/2011.. so dgn paksa relanya, aku terpaksa menambah session lg.. personal trainer aku senyum sampai ke telinga tatkala aku menyain contract itu.. owhhhh...

punca aku tak habis 24 sessions dlm 3 bulan? 1-aku sign-up bulan puasa, so sape nak training lepas buka puasa kan? 2- kelas aku asyik tukar schedule sesuka hatinya so bila dah set-up training, tup2 kena attend kelas pulak... kena cancel... 3- sokmo ada DILEMA masa nak gi training.. malas la, kena study la, buat assignments la... etc etc etc...

takpe, aku ada 4 bulan dari sekarang utk habiskan 20 sessions lg... lepas exam disember nanti, aku akan pulun DIET n EXERCISE programme aku semula... GO CUMIE GO!

-wasalam-

Tuesday, November 9, 2010

dari slimming centre ke gymnasium part 2

cont...

lepas aku balik umah, aku terus tengok citer chinta chandurry.. best wooo citer tu sbb aku nak tgk si fasha 'panda' tu.. bg aku dia mmg cantik, cantik ala melayu tp perangai je yg aku tak berapa nak berkenan..

lepas solat maghrib, aku siap2 nak pegi gym pulak.. sbb dah set dgn trainer, kena la gi mengadap! karang tak pasal kena fire.. dah la mahal bayoo... huhuhu... td kat kedai slimming amoi tu dah bgtau mlm ni aku kena rehat sbb dah bakar 1200kal masa buat treatment ( amboi, aku berlari atas treadmill 1/2 jam pun baru bakar 300kal, tu pun dah nak separuh mati aku rasa! )... tp sbb komitmen ( cheewahhh... ) aku pun paksa rela gi gym mlm ni..

tp mmg rasa letih sket.. as usual, mula2 aku kena buat cardio 15 min.. masa tu ok lagi.. lepas tu kena buat resistance and strength exercise for 45min.. masa tu dah ala2 pancit dah... tp aku masih mengagah perkasa lg walaupun aku sbnrnya rasa mcm nak tido je atas treamill tu..

before balik, aku kena buat cardio lagi 30 min.. masa ni aku mmg buat all out... peluh mmg peluh, menitik la jugak tp tak boleh la lawan peluh kat slimming td...

tp, lepas dah selesai semua urusan aku kat gym, aku rasa PUAS sangat!!!! puas sebab aku keluarkan peluh dgn cara yg sihat.. walaupun tak sebanyak di slimming centre, tp aku dapat rasa energy aku telah diburnt kan...

so, kesimpulannya, berpeluh disebabkan exercise is much much more giving u self satisfaction, compared to berpeluh sbb kena wrap! hahaha....

Thursday, November 4, 2010

dari slimming centre ke gymnasium part 1

salam,

smlm aku buat keje gile.. hehehe.. bukanlah giler sgt pun, just aku gi membakar kalori paling banyak dlm sejarah hidup aku..

petang smlm, kawan aku offer voucher free buat slimming treatment kat satu kedai kat ampang... bukan london weight, bukan marie france, bukan slimworld dan bukan jugak keep slim.. ala, kedai kecik2 je...

aku gi la.. mula2 buat consultation, ambik semua important measurements before nak analyze.. hasilnya, berat 79.8kg ( belum tolak baju n jeans yg aku pakai ), fat 41.1%, fat mass 33.3kg n BMI 32.++.. giler berat!!!!!! pehtu amoi tu duk la pot pet pot pet kat aku , kata lemak aku dah tebal la, susah nak turun la, bla blaa.. aku dengor je sbb nak kata ape lg pun kan?

lepas buat analysis, aku kena buat detox lymph drainage n wrapping... aku sebenarnya dah jd kureng excited sbb aku rasa barang2 kat kedai tu dah seasoned! tuala buruk, busuk, selimut pun sama.. pehtu, ade ke pakai kain batik? yg standard mak2 kita buat kain buruk dah? isk isk isk...

yg detox tu tak best, tp yg wrapping tu mmg berpeluh giler laa.. kuyup aku.. tp aku tertanya gak, di basuh tak lapik yg basah tu? ke dia recycle cam tu je? erkkk...

lepas tu ukur balik.. as expected la kan, kompem ada penurunan.. amoi tu beria2 la kata aku ni susah nak turun sebenarnya tp tak sangka lepas 1 session pun dah nampak.. ( ala, ayat bodek aka meniaga).. berat aku jd 78.8 ( cheh, pakai 2-piece je, mmg la turun !), fat turun 0.9%, fat mass turun 1.1kg.. ehmp....

pehtu dia promo la pakej2 dia... paling sesuai utk aku lebih kurang rm5K for 20 sessions.. dia punya la pujuk, aku buat2 la mcm interested tp sbnrnya aku x sabar nak balik!! sbb nak tengok cita chinta chanduri.. pot pet pot pet lg, pehtu aku ckp aku kena tnya hubby aku dulu sbb aku ni student, takde gaji... hahahah ( sebenonya aku ni CBBP - cuti bekerja bergaji penuh ).. nak tak nak dia terpaksa la 'melepaskan' aku balik...

keluar2 je, aku kata kat kawan tu yg kasi voucher tu, kompem aku tak pegi dah kedai tu semula lepas ni!

to be continued..

Monday, November 1, 2010

my food diary


salam..

weekend lepas tetiba rajin nak buat food diary.. walopun aku mmg dah lama tau kepentingan food diary ni tapi sekarang baru nak buat dlm bentuk hard copy.. hari ni dah start jotting down semua food yg telah di ambil dan akan di ambil selepas ini..

chaiyo!

Wednesday, October 27, 2010

baby oh baby..


salam...

lately ni, ramai sgt blogger yg aku follow terpregnant lepas berat diorang turun... ada yg turun banyak kilo, ada yg sikit je... ehmp.. mmg betul la teori yg kata kalau turunkan berat badan, chances utk pregnant akan naik...

adakah itu akan memotivasikan aku?

Friday, October 22, 2010

my current reading

salam..

it has been 4 weeks since i started my gym course.. i fixed 3 sessions per week with my trainer but lately, i felt sooo lazy.. my old me is back! arghhh... i hate this feeling... i am demotivated again! as usual..

on weighing today, my scale showed number 80.2kg, and i was totally shock! suddenly, it killed my training mood ( i'm supposed to have training this evening) and quickly off to my husband's house instead of going to the gym.. bengang sangat kut!

luckily, i found this blog, http://jomkurustoday.blogspot.com/ which is recommended by one new friend in the internet.. i really impressed by the way she lost weight n was able to 'translate' what she had learnt from her diet 'guru ' Jillian Michaels to her readers to read.. memang best! kak imah, u did a very good job!

skrg ni pun tgh duk membaca lg... tgh nak kutip infos n knowlegde.. semoga berjaya lah hendaknya...

Aminnn.....