Friday, June 5, 2009

menu 5/6/09

hari ni sempat buat shake.. hehe..

bf-
3 scoops vanilla f1 + 200ml strawberry yogurt drink


lunch - the noodle station, taiping sentral
1 mangkuk thai tomyam with noodle
1 gelas besar iced honey lemon


tea time -
beberapa bijik roasted almond
450ml teamix

mlm?

menu 4/6/09

hari ni bangun lambat,so tak sempat nak prepare shake.. sifoo, maafkan saya ok?

bf -
sandwich sardin
plain water


teabreak ( ada meeting )-
1/4 pinggan bihun singapore
1/2 cup air teh


lunch ( medan selera tasik raban ipoh )-
1/4 pinggan nasi
1/2 pinggan sayur pucuk salang & sayur campur
1 ketul ikan pari masak asam
1 telur rebus ( hehehe.. godaan )
1 gelas iced lemon

dinner ( hubby belanja makan kat luar... huhuh... )-
1/2 pinggan nasi
sehiris telur dadar
1 piring sayur campur
sikit ayam masak halia
kuah sup ekor

huhuhu....

Thursday, June 4, 2009

menu 3/6/2009

salam... menu utk smlm..

bf- f1 choc + 300ml susu HL


lunch - 1/4 pinggan nasi
1/2 sayur bayam + kobis
1 telur goreng bersambal
450ml teamix

ptg - beberapa biji roasted almond
beberapa potong betik



mlm - 1/4 pinggan nasi
2 ketul kecik ayam masak lemak cili padi
3 hiris/ketul kentang
1/2 sayur sup sawi
air laici tin

alamak, terlebih sudah!

Tuesday, June 2, 2009

menu 2/6/2009

hari ni ada kursus kat ipoh dari jam 8.00pg-5.00ptg.. kalau dah namanya kursus, makanan adalah sangat mengenyangkan... mari tengok sama2.. hehehe...

6.45pg - 1 botol vitagen


11.00pg
1/2 bihun goreng + 1 ketul karipap + 1 ketul kuih cara
1/2 cwn teh susu
200ml plain water






1.00pm
1/2 pinggan nasi beriani (huhu..)
1 ketul ayam goreng tepung( wing )
1 ketul daging masak kari
1/4 pinggan acar timun + sengkuang
beberapa ekor udang masak sambal
1/2 cwn air sarsi
200ml plain water


5.00pm
1 keping kek marble
1/2 cwn teh o
200ml plain water


malam - 1 biji gong pear

Monday, June 1, 2009

menu hari ni..

as requested by sifoo, aku listkan makanan aku for today.. masih tak berjaya memulakan rutin shake tp insyaAllah, aku akan cuba..

bf - 2 popia n 1 karipap
nescafe ais 1/2 cwn



lunch - bihun sup siam
450ml plain water


ptg - biskut danish butter 3 keping
450ml teamix


mlm - f1 choc + 200ml susu HL vanilla + ice cubes

Sunday, May 17, 2009

saturday outing..

As Salam...

Semalam, aku n hubby gi jalan2 ke seberang jaya.. sebenarnya nak gi sunway carnival, nak ambik lappy yang dihantar utk repair kat senQ.. baru beli sebulan, port broadband cable dah takleh pakai... hampeh tul!


ni lappy aku yg baru diambik semalam, harap2 dah ok!

tp disebabkan aku bercadang nak bershopping sket, maka haruslah ke jusco aka shopping heaven aku kat seberang city dulu.. kat sunway tak best sangat nak shopping.. hahaha...

on the way ke penang tu, ajak hubby gi auto city jap, singgah nak lunch.. actually teringin nak makan kat subway, gara-gara terpengaruh dgn TBL la ni.. hahaha.. masa masuk dlm tu, jd jakun giler... maklumlah tak pernah!

kitorang ambik 1 foot long subway melt set.. ok lah, mmg sedap dan mengenyangkan.. 1 foot tu shared 2 org okeh.. tu pun separuh nafas nak habiskan tau!

jemput makan semua..


mcm sedap!


before acara ngap bermula.. abaikan perut aku yg berlapis2 ittew..

pehtu gi la jenjalan kat jusco.. aku heran gak bila dtg sini.. sbbnya mcm tak ramai org.. parking kat atas memang lengang giler... weekend tuh.. org kat dlm mall pun tak seramai kat jusco ipoh or jusco2 lain.. mmg sgt selesa lah kalau nak shopping kat sana.. welcome2!

pusing punya pusing, akhirnya aku 'terpaksa' membeli handbag seperti yg telah ditunjukkan di bawah.. sbb yang aku berkenan yg lain2 sumenye mahal2... uwaaaa...... aku rasa cam tak berbaloi je nak beli handbag harga lebih dari rm300... kenapa handbag sangat mahal ek? nasib baik la aku ni bukan hantu handbag.. seumur hidup aku, inilah handbag kedua yg aku ada! beli pun sbb handbag pertama aka handbag hantaran kawen dah mengelupas! ahahaha... mmg ganas!


inilah handbag aku! brand carlo rino je...

tp aku tak pakai handbag bawak gi tempat keje.. aku bawak bagpack je... senang! sumbat je apa yang nak disumbat! termos pun letak dlm ni je.. mmg sangat tak feminin.. ala, sape pun yg nak tengok aku...

hubby pun bleh tahan menshoppingkan diri.. beli t-shirt n jam seketul.. punyalah banyak jam hubby aku, sampai bleh buat koleksi.. isk isk isk... tak kisahlah, duit sendiri kan....

lepas dah pusing2, kitorang gi sunway ambik lappy n balik umah... on the way singgah juru jap sbb lapo tak dinner lagi.. masa tu dah pkul 11.00pm.. hihihi... masa kat hiway ada eksiden yg agak teruk tp tak sempat nak snap gambar sbb aku yg driving! betapa baiknya aku kan?


aku makan bihun sup, hubby makan nasi ayam.. nampak tak jam baru ittew? hehe.. terus je pakai lepas beli... tak nyempat2!

mlm td tido kul 2 pg... uwarghhhh...... good nite everybody!

Saturday, May 16, 2009

di TAGGED oleh sweetisitie..

1st time di tagged oleh blogger.. hihihi... ni sweetiesiti punya keje.. aku try jawab sejujurnya, ewah!

1] The Rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below..
2] Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer..
3] After that tag 12 people...

ok troskan menjawab...

Q.1 : THE AGE OF YOUR NEXT BIRTHDAY?


daku akan berumur 30 tahun pada 15 september ini... aiyak! sudah tua...

Q.2 : PLACE I LIKE TO TRAVEL THE MOST?


pernah merasa pegi sekali je.. nak pegi lagi...uwa!!!

Q.3 : My Favourite Food?


i am nasi lemak freak!

Q.4 :NICKNAME THAT I HAVE


artist ke cumie kat atas ni?

Q.5 : MY FAV COLOR?


i am pink ghost! ( hantu pink, hehehe )

Q.6 : THE CITY I LIVE NOW?


from taiping with luv... kan siti kan kan kan?


currently duduk kat kuarters hasben di kuala gula...

Q.7 : THE PLACE I WAS BORN?


hospital taiping, tapi building ni building baru...

Q.8 : MY COLLEGE MAJOR


i am a tooth puller!

Q.9: MY BAD HABIT?


ni la perangai buruk aku sejak kecik lagi, huh!

Q.10 : MY HOBBY?





semua diatas adalah hobbies yang tak patut anda contohi..

Q.11 : My WISH ?



aku teringin sangat-sangat nak mempunyai ZURIAT sendiri.. dan juga aku teringin sangat-sangat nak KURUS!

aku rasa mostly blogger yg aku kenal dah buat tag ni.. ehmp.. aku listkan sahaja tp dapat 6 org, kalau dah pernah buat lama2 dulu, buat lagi sekali yg latest punya okey?.. kalau belum buat, silakan ye...


1. pfs

2. cikemi

3. ayu aymy

4. dcd79

5. atik

6. julin

silakan...