Saturday, July 4, 2009

misi 1 lagi..

salam..
lama tak update sbb seminggu ni aku sgt bizi dgn keje.. selain tu, sebenarnya skrg aku tgh kosentret 1 lagi misi aku yg belum selesai...

minggu depan, aku akan start treatment prior to iui procedure.. so, bila ada masa terluang je aku akan try cari info pasal iui ni.. menggerunkan tetap nak buat mcm mana, aku boleh berharap yang TERBAIK je yang akan berlaku.. dan aku sangat2 berharap akan berjaya pada percubaan kali pertama ni... kawan2, doakan ya!

pasal diet, alhamdulillah.. seminggu ni berjaya mengawal pengambilan makanan.. tabung herbalife pun duk menten kat rm20.00 lagi.. tp mlm ni nak tido umak mak mertua, kompem kena paksa makan! takpelah, standby teamix banyak2..

Thursday, June 25, 2009

day 2 - sukses!

hari ni berjaya mematuhi peraturan..

selamat rm5.00 aku!

phew~

Wednesday, June 24, 2009

i broke it!!

hahahaa...

masa dlm van on the way balik, adik aku bg sms.. dia ckp mak aku suruh singgah makan dinner sbb mak masakkan lauk fav aku iaitu SAMBAL IKAN BILIS!!! alamak... camne ni.. tak singgah karang mak aku kecik ati lak... kalau singgah sure makan punya...

as expected, mmg aku makan nasik malam ni... huhuhuhu.... 1/2 plate nasi, 1/4 plate sambal ikan bilis ngan 1/4 kangkung.. ada ikan tongkol masak rendang seketul..



bila aku pandang hubby aku dia ckp " your rm5.00 is worth paying because u can eat the best ever sambal ikan bilis tonite! "

cheh!

mintak tolong..

salam..

kawan2 yang pandai pasal template blogger, macam mana nak enable balik ruangan comment? bila click asyik kuar error: not implemented at line 179 bla bla bla..

aku try tgk kat settings:comment.. ada la ayat ni "The embedded comment form can not be used if you have Post Pages disabled." camne nak enable post pages ye kawan2?

TOLONG!!!

The RM5.00 Rule..

sebenarnya, mcm2 cara dah difikirkan untuk nak overcome 'kemalasan' dan 'kedemotivatedan' aku untuk nak kuruskan badan..

so, after chit chatting with my hubby last week during our vacation, we had come out with this 1 brilliant idea ( heh heh heh ) which is, if i break the 2 shakes n 1 normal meal rule, i will be punished n have to pay RM5.00 to our "tabung herbalife" everyday including weekend... aduh!

the money that collected in the tabung then can be used by my hubby to buy anything he wants..

ehmp.. fair n square tak? agak2 berjaya tak? the rule will get effective today, right after i come back from kursus in INTAN bukit kiara..

Tuesday, June 23, 2009

last day - kuala terengganu - perak

walaupun pada mulanya bercadang nak balik seawal yang mungkin tapi kul 10 baru kitorang check dari hotel.. hehehe... cuti kan, standard ah bangun lewat! lagipun ni hari last percutian so bolehla lepak2 sket..

mlm td masa kira2 souvenir nak bagi kat org, rupa2nya ada yang tertinggal.. so kitorang gi pasar payang balik n gi shopping for the last time kat situ... before tu kitorang gi sarapan dulu.. aku makan nasi dagang n teh o beng.. memang sedap sehingga menjilat jari... nyum2!





lepas membeli apa yang perlu je kitorang pun bertolak la balik ke perak melalui jalan jeli-gerik.. aduh la, tensen nak lalu jalan bengkang bengkok mcm gitu lagi sekali.. tapi nak wat camne kan.. sbb bila tanya member yang org kelantan n tganu pun diorang ckp jalan jeli-gerik yang paling dekat...

sampai kat tasik banding dlm pukul 4 ptg.. berhenti utk makan then sambung balik ke gerik.. sampai gerik kitorang decided nak try lalu jalan gerik-bagan serai pulak.. kiranya mcm tak lalu kat kuala kangsar dah mcm masa kitorang dtg dulu...

emph... jalan tu quite ok.. bengkang bengkok jugak tp tak banyak kete.. 1-2 je so sangat oklah sebenarnya... sampai kat batu kurau hubby stop kat gerai tepi jalan sbb nak beli durian kampung.. kitorang beli selungguk durian yg ada 6 bijik semuanya for rm23, paling murah yang pernah kitorang jumpa musim ni..

sampai umah mak aku kat tepeng dlm kul 6.10ptg...berakhirlah sudah percutian pantai timur kitorang..

kesimpulannya: walaupun sangat penat dan letih ( menghabiskan banyak duit!), tetapi memang SANGAT BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Day 4 – kuala Terengganu

Mood hubby masa bangun pagi dah ok.. maybe sbb malam td takde org kacau dia tidur kut! ;-P.. kitorang siap2 kemas barang n check out.. cdgnya nak shopping sket kat pasar payang, gi taman tamadun islam n terus nak balik perak..

Sampai kat kete baru la dapat tengok dengan clearnya kesan kemik smlm.. huhuhu… sudah cacat maaa…. Tp wat bodo je la.. lepas tu kitorang gi makan.. lepas makan gi pasar payang.. tensen betul masa tengok jualan giler2 sutera kat situ… bawah than rm100 pun banyaaaaaaaaaaaaaak giler… huhuhuhu.. menyesal sbb dah rembat 3 pasang kat Kelantan dulu.. tp sbb hubby kesian tgk muka wifey dia yang sedih itu maka dia membenarkanlah isteri kesayangannya merembat sehelai lagi sutera.. thanks abg! Muahsss….

Gi pusing2 beli kepok n hubby makan durian sebijik kat pasar bawah..then kitorang gi tunggu bas nak gi taman tamadun islam.. ada local people yang bagitahu supaya kitorang tunggu bas kat situ, takyah susah2 driving sendiri.. tapi tunggu punya tunggu bas tak datang2 jugak..hubby malas nak tunggu dah.. jam pun masa tu dah kul 4.30ptg.. last2 he decided to stay 1 more nite kat sini n pagi2 esok balik perak..

Kitorang try luck kat pantai batu burok resort lagi tp still penuh… gi intan hotel kat dlm sket, nasib baik ada bilik lg tapi jenis twin sharing.. single bed.. takpe ah, single bed pun boleh tido 2 org.. murah je, rm95 per nite.. bilik sangat comfy, ada kettle, hot shower, air-con&fan n tv 29 inches yg ada seleted astro channel… sgt berbaloi… yg paling best, ada wifi free!!!!!!! Sempat la aku berchatting ngan pfs malam tu.. siap kena marah lagi sbb tak jaga diet! Ampun sifu….

Ptg tu kitorang gi masjid terapung n solat kat sana.. balik bilik terus lepak dlm bilik je.. hubby sgt excited nk tgk channel sport sebenarnya.. maklumlah, dah 4 hari tak tgk tv! Hehehe…




Malam tu kitorang tido atas 1 katil je… kalau aku kurus, maybe lg sangat selesa kan?